KEMULIAAN BERMULA DARI DALAM, DENGAN MELEDAKKAN TAKWA
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi perjalanan membina takwa dalam diri.
Allah SWT berfirman:
"Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah: 183)
Takwa bukan hanya rasa takut, tetapi memelihara hubungan dengan Allah, menjaga perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dengan penuh iman dan pengharapan.
Puasa yang sebenar ialah puasa dengan iman dan ihtisab, yakin dengan janji Allah dan mengharapkan ganjaran-Nya. Bukan hanya perut yang berpuasa, tetapi juga lidah, anggota dan akhlak. Kerana dosa dan perbuatan keji boleh menghakis pahala puasa.
Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperelok hati, memperbaiki diri dan melangkah dengan lebih istiqamah menuju takwa 🤍
Kandungan Menarik Sepanjang Bulan Ramadan!: http://www.ddrdanial.com/ramadan
Sertai Saluran WhatsApp: https://bit.ly/wsddrdanial
Telegram: https://t.me/ddrdanial
#LembaranIstiqamah #RamadanDDD2026